Ilmu Sufi

Matlamat Ilmu Sufi/Imu Tasawwuf/Ilmu Tariqat  adalah untuk membina  nilai murni yang suci seperti penyucian nafsu, penyucian hati,  akhlaq yang baik, sifat ihsan, pendekatkan diri kepada Allah, ma’rifat [1], fana’ [2] dan baqa’ [3].  Secara ringkas, maksud utama kesufian ialah untuk merubah akhlaq dan moral seseorang salik agar  menjadi insan yang mempunyai keperibadian dan akhlaq dan sifat yang mulia dengan menjalani  riadah kerohanian atau latihan rohani. Manusia mempunyai minda atau akal fikiran yang merupakan pusat kesedaran yang berperanan  sebagai fakulti dalaman untuk mendapat ilmu pengetahuan.

Selain daripada minda, manusia juga mempunyai pusat kesedaran yang lain. Pusat kesedaran yang terpenting adalah hati. Dengan membersihkan dan mensucikan hati, maka hati akan bersinar dan menjadi seperti cermin yang boleh memantulkan cahaya kebenaran. Latihan asas yang dianjurkan di dalam Pusat Pengajian Kesufian adalah untuk menghubungkan manusia dengan semua pusat kesedaran atau Lataif yang bermula dengan Latifah Qalb. Dengan menghidupkan, membersihkan dan menyucikan Latifah Qalb, seseorang dapata mencapai intuisi dan realisasi yang mendalam.

 



[1] Mairifat- Pengenalan terhadap Allah Ta’ala

[2] Fana’-  Hilang kesedaran diri  dalam mengingati Allah Ta’la

[3] Baqa’- Berkekalan dalam mengingati dan memenuhi kehendak Allah Ta’ala